Syarikat
D’HaNi Kitchen Enterprise mula ditubuhkan oleh 3 sahabat pada tahun 2015
bertujuan untuk merealisasikan impian dan menaikkan nama syarikat dengan produk
yang lebih berkualiti iaitu produk Dodol Frenzy. Bagi menubuhkan syarikat ini,
kami membuat pinjaman bank sebanyak RM 50 000.00 melalui AGRO BANK dan hasil
simpanan rakan kongsi. Hasil persetujuan semua ahli rakan kongsi, nama D’Hani
dipilih kerana sempena nama gabungan kami tiga sahabat. Syarikat kami mula
beroperasi pada 1 Jun 2015 setelah diluluskan oleh Pendaftar Perniagaan dan
bagi mendapatkan keyakinan daripada pengguna, kami mendapat kelulusan dari
pihak JAKIM. Kini D’Hani telah mempunyai 10 orang pekerja tetap dan 5 orang
secara kontrak.
Memandangkan
perniagaan ini berpotensi tinggi untuk berjaya dan mampu berada di pasaran yang
lebih besar, D’Hani Kitchen Enterprise telah menggunakan strategi pemasaran
dengan memberi peluang kepada agen-agen untuk segala urusan perniagaan agar Dodol
Frenzy dapat diperluaskan lagi ke luar Negeri Terengganu. Dengan adanya
agen-agen tersebut mereka dapat menambah pendapatan masing-masing. Kami memilih
dodol sebagai produk yang dihasilkan kerana ianya disukai ramai dan menjadi
kegilaan ramai kebiasaannya di hari perayaan. Disebabkan dodol menjadi kegilaan
ramai kami mendapat ilham untuk mengeluarkan jenama dodol kami iaitu “Dodol
Frenzy” kerana frenzy bermaksud
kegilaan. Dodol bukan sahaja enak dimakan ketika bersantai tetapi sesuai juga
dihidangkan minum petang sekaligus dapat memperkenalkan makanan tradisi ini
kepada orang ramai terutama pelancong asing.
Syarikat
D’Hani Kitchen Enterprise terletak di alamat No.1203, Kampung Pasir Panjang, Jalan
Gong Kapas, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Manakala kilang pemprosesan
dodol di 140, Kampung Losong Haji Su 21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul
Iman Malaysia.. Kami memilih untuk menubuhkan kilang perusahaan di Negeri
Terengganu kerana mudah untuk mendapatkan bahan. Terdapat kelebihan dan
kelemahan ketika menjalankan perusahaan dodol ini kerana dodol akan kekurangan
zat jika disimpan terlalu lama. Dengan adanya kekurangan ini, syarikat kami
tidak akan berputus asa malah akan mengatasi segala risiko ini dengan sebaik
mungkin.
Urusan
perniagaan syarikat kami dijalankan melalui dua sistem iaitu secara tunai dan
secara kredit. Pembahagian ini bertujuan untuk memudahkan urusan perniagaan
yang dijalankan kepada setiap individu yang akan berurusan dengan syarikat
kami. Dalam memastikan produk sentiasa berkualiti serta mendapat sambutan,
kreativiti dan inovasi telah dilakukan sepanjang menjalankan perniagaan dodol
ini. Syarikat kami telah membuktikan perniagaan memproses dan membekal dodol ini
berjaya berpandukan peningkatan jumlah pasaran produk yang kami perolehi.
Sehingga kini, pasaran produk kami telah diperluaskan melebihi sasaran
syarikat.
Pada
masa akan datang, syarikat D’Hani Kitchen Enterprise merancang akan
memperluaskan lagi pasaran produk Dodol Frenzy ini ke kawasan yang mempunyai
potensi permintaan yang tinggi. Syarikat kami juga akan meningkatkan lagi
kualiti produk agar dapat memberi kepuasan kepada pelanggan. Penyelidikan dan
pembangunan (RnD) akan dilakukan ke atas produk serta perniagaan agar dapat
bersaing di peringkat yang lebih mencabar.
Comments
Post a Comment